Gagal ..

*TUKAR PM BOLEH NYAHKAN WABAK COVID-19?*

Mengikut Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Zahid Hamidi, mereka mahukan Mahyuddin Yassin letak jawatan sebagai PM sekarang juga kerana beliau dikatakan telah gagal menyelamatkan negara dari wabak Covid-19 dan turut gagal menguruskan ekonomi menyebabkan ramai rakyat mati dan hidup menderita. Senario yang digambarkan ini amat mengerikan kita semua.

Tapi bila kita jengok kat negara-negara lain, maka kita akan dapati tidak ada satu pun negara di dunia ini yang telah berjaya menyengkang penularan wabak maut ini sepenuhnya. Ini kerana ianya amat sukar dibendung dan tiada tongkat ajaib yang boleh menghalau wabak ini daripada merebak. Apa yang kerajaan luar buat ialah mengambil langkah-langkah membendung penularan wabak ini termasuk menyekat pergerakkan dan meningkatkan tahap vaksin dikalangan penduduknya. Semua langkah ini memerlukan masa dan pematuhan orang ramai untuk berjaya.

Kesannya wujud pelbagai masalah dalam masyarakat yang terkesan dengan langkah-langkah ini. Setakat ini telah terdapat lebih daripada 50,000 protes dilancarkan di seluruh dunia berkaitan rasa tidak puas hati segelintir rakyatnya tentang langkah-langkah kerajaan mereka menangani wabak ini dan juga langkah pencegahan wabak Covid-19 yang dikenakan. Ini termasok protes di Australia, Amerika, UK, Canada, negara-negara Afrika, India, Thailand, Indonesia dan baru-baru ini di Malaysia.

Sekiranya dengan memenuhi kehendak Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Zahid Hamidi supaya Mahyuddin menyerahkan kuasanya kepada mereka maka wabak Covid-19 dan masalah ekonomi kita akan lenyap begitu sahaja, maka jom, sekarang juga kita suruh Mahyuddin Yassin letak jawatan!

*KASIM CHE’ PA*
*Shah Alam*
5 OGOS 2021